Thursday, 8 August 2013

Jumaat Dan Selipar

Jumaat pertama syawal. Raya kedua.

Semua bersiap sedia.

Acap, dengan style biasa. Pakai baju melayu hijau. Seluar jeans biru muda. Lipat paras buku lali.

Hari ni kena drive gi masjid bawak kereta. Ramai. Ahh, bercinta dengan jem.

Confirm sesak.

Acap turun awal. Panaskan kereta. Tunggu Paksu, Padil, Kimi ngan Haiqal.

U-turn kete Naza Citra. Senang nak keluar.


Sampai masjid. Memang dah agak. Parking takde. Park kete jauh sikit. Ah, jalan kaki aje. Anak jantan. Banyak sikit pahala.

Awal lagi imam solat jumaat dah buat pengumuman.

Nak buat solat hajat lepas sembahyang. Nak minta rakyat Kelantan semua dicampakkan iman dalam hati. Istiqamah beribadah.

Khutbah dekat masjid ni memang sempoi. Khatib tak guns teks. Sampaikan khutbah dengan semangat. So,

Takdelah semua kepala tunduk tanda faham (tidur lah)

Tak ngantuk. Perrgh bersemangat. 

Saff pun rapat. Memang lain rasa bila saff semua rapat macam disarankan. Lain aura dia.

Habis solat. Semua berpusu-pusu keluar. 



Acap keluar lambat sikit. Sampai depan tangga. Padil tersenyum.

Senyuman ikhlas atau sinis??


"Bro, ada berita baik. "

"Asal, jumpa jodoh ke ?? " sambil tumbuk bahu Padil.

"Lagi best dari tuh. Selipar Diadora aku hilang. Baru kamcing dua hari. "



Acap, Kimi, Haiqal, semua gelak.



"Itulah, pakai selipar raya gi masjid. Takziah bro. "


Padil pinjam selipar masjid dulu. Cadang nak pulangkan lepas cari selipar baru. Nasib badan.

Eh.

Kat Kelantan pun ada orang rembat selipar ??

Bukan ke Kelantan negeri yang ala-ala islamik ??

Ah. Pimpinan dah bagus. Tak semestinya rakyat semua bagus.

Sama jugak macam islam. Agama yang shumul, aman, sejahtera. Ada juga orang anggap muslim ni terrorist.

Pffttttt.


Sebab tu lah, kalau nak nilai islam. Jangan tengok muslim. Tapi kaji Al quran.

Tak semua muslim bagus. Tapi ramai yang bagus. Ameen.



Semua naik kereta. Panas. Pasang aircond. Pasang radio THR.

Ayat quran dialunkan.

Hati yang serambut,

Kembali tenang.



No comments:

Post a Comment