Monday, 31 March 2014

Die Tomorrow


Bagaimana kalau anda di tanya atau anda diberitahu bahawa,

Anda akan mati pada esok hari.

Anda seratus peratus pasti akan mati pada esok hari.

For sure you're going to die.

Apakah yang akan anda fikir?
Apakah yang anda akan katakan?

                  *****************

Adakah aku akan terfikir tentang jumlah solat yang aku tinggal?

Adakah aku akan fikirkan jumlah wang zakat yang aku tidak jelaskan?

Adakah aku akan fikirkan tentang jumlah hutang yang aku belum jelaskan?
Barang-barang yang telah aku ambil tanpa izin?

Adakah aku akan fikirkan tentang orang-orang yang telah aku sakiti?
Insan-insan yang telah aku aniaya?
The people I have stolen from?

Atau adakah aku akan memikirkan dosa-dosa yang aku telah lakukan terhadap ibu bapa,suami isteri,dan anak-anakku?

Mungkin juga persoalan yang timbul adakah telah sempurna hubungan aku dengan ahli keluargaku, hubunganku dengan

Jiran tetanggaku,
Sahabat-sahabatku,
Guru-guruku,

Dan semua yang mengenali aku.

Bagaimana dengan makanan yang telah aku makan sepanjang kehidupanku?

Halalkah keseluruhannya?

                ********************
A life filled with a purpose.

And if you were to ask them what kind of purpose this is?

And they knew that they were going to die the next day,

The will respond,

" I cannot afford to die tomorrow! "

" Aku tak bersedia untuk berjumpa dengan Allah esok! "

" Aku banyak dosa! "

Dan pasti kehidupan seseorang akan berubah sepenuhnya andai dia mengetahui saat kematiannya.

Segala perkara di dalam kehidupannya pasti tidak lagi bermakna ketika itu kerana anda hanya akan memikirkan nasib diri anda.

Demi Allah anda akan hanya memikirkan tentang diri anda!

Allah ada menyebut dalam Al quran,

" Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang dahulu hendak kamu hindari "

50 : 19

Mati itu pasti . Tiada siapa dapat nafikannya.

Pergilah kemana-mana,

Oversea.
Bercuti.
Melancong.

Pasti sesuatu yang tidak dijemput akan datang untuk bawa kita ke pertemuan yang terakhir.

Kematian.

Cuma adakah kita akan bersedia
atau 
langsung tidak ada masa untuk memikirkan tentang nasib kita.
















Sunday, 2 February 2014

Trust







Umat islam yang hidup pada zaman sekarang kebanyakannya telah hilang kepercayaan terhadap Allah s.w.t
Mereka percaya dengan Allah hanya pada lafaz bukan pada hati.

Kepercayaan yang tidak dapat diterjemahkan kerana leka dengan nikmat-nikmat dunia.

Mereka hanya memandang dunia sehingga menutup keyakinan bahawa Allah berkuasa terhadap setiap perkara.
Kepercayaan kita bukan pada Allah.

Tetapi,

Kepercayaan kita lebih kepada wang ringgit.

Kepercayaan kita lebih kepada kerajaan yang berkuasa.


Namun,
bagi mereka yang tinggal dibawah penindasan golongan yang zalim, kepercayaan mereka terhadap Allah begitu teguh.

Utuh dan tidak goyang.

Kerana mereka merasa kesusahan yang tidak pernah kita rasa.
Mereka hilang segalanya.

Mereka hilang tempat tinggal.
Mereka hilang orang yang tersayang.
Makan tidak mengenyangkan.
Minum hanya untuk meneruskan kehidupan.

Umat islam yang tinggal di Syria. Kepercayaan mereka kepada siapa?
Hanya pada Allah.

Kerana mereka menjalani kehidupan yang susah dan merasakan kesusahan.

Tapi insan seperti kita yang sentiasa hidup dalam kesenangan.

A cushy life.
A nice life.
Never going through hardship.
Never feel hardship.

Kita tidak tahu,apakah makna kepercayaan yang sebenar.

Seseorang yang merasakan kehidupan mereka teruk,
mungkin dia merasakan dirinya hilang pekerjaan pada esok hari,
mungkin dia merasakan dirinya tidak mungkin memperoleh keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan.

Sejujurnya,mereka berkemungkinan tidak akan makan dan tidak minum.
Kerana mereka frust. Kecewa. Menyalahkan takdir. Putus asa dengan rahmat Allah.

Jadi kepercayaan itu, bukan pada Allah sepenuhnya.

Namun,kita perlu mengubahnya mulai sekarang untuk terus berjaya.


We must become more depending to Allah.
But,
At the only time we want to connect with Allah more,the calamaty hits us.
We find our friends doing something wrong.
We find our wife and our children doing something wrong.
And maybe sometime Allah hits us with sickness.
And the first thing we will do, the first thing we will say.

Oh Allah!Please, i can't handle this.


Kita lihatlah para sahabat nabi, yang diuji dengan ujian yang begitu berat.
Namun,tidak hilang dalam hati mereka kalimah lailahailallah.
Tidak goyang kepercayaan mereka pada Allah.

Namun kita?
Yang diuji dengan ujian yang kecil.

Sentiasa merungut.
Hilang kepercayaan kepada Allah.
Sunnah ditinggalkan.
Aurat dibuka.

Kerana keyakinan terhadap Islam telah hilang.


To a point we disbelieve in Allah S.W.T
  We are loosing ourselves because we have too much.

but

We still have a time to make it right.
















Sunday, 18 August 2013

RIndu.






Bangun dari katil. Capai buku dari rak. 

Sudah lama benar  tidak membelek buku-buku ilmiah

Kesibukan exam menghalang .

Satu buku yang sangat menarik minat Acap


Al raheeq Al makhtum


Buku yang menceritakan sirah Rasulullah dengan begitu lengkap, hanya tinggal satu tajuk yang belum aku baca, gembira dan sedih bercampur baur.

Tajuk terakhir yang menggetarkan jiwaku untuk menghabiskannya, mungkin bukan hanya aku


seluruh umat islam aku pasti.
Kafan dan persemadian jasad mulia Baginda ke pembaringan terakhir 
Aku menghabiskan bacaan sehingga muka surat yang terakhir, tiada lagi muka surat yang boleh dibaca tentang kisah Rasulullah ketika bernyawa, tiada lagi peperangan yang boleh aku baca dibawah kepimpinan Baginda, tiada lagi sambungan episod tentang dirinya

Baginda wafat, perkara yang hampir mengejutkan seluruh umat islam tika itu.
Sehingga Umar hampir tidak percaya akan hakikat tersebut, tapi kerana iman meyakinkan  setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Sedih.

Pelbagai soalan yang timbul di fikiran.





"Masih adakah diluar sana yang perwatakannya,hampir sama dengan perwatakan nabi?"

"Adakah aku ini selayaknya mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak?"

"Layakkah aku berada di saff hadapan untuk memeluk kekasihmu disyurga Ya Allah?"

"Layakkah si pelaku dosa ini untuk semua itu ?"


aku terlalu banyak dosa untuk meminta lebih dariMu



Helaian terakhir kuyup.

Manik-manik jernih yang membasahi pipi..diharap menjadi saksi dihadapanMu kelak.

Aku rindu. Rasulullah.



Nangis

Thursday, 8 August 2013

Jumaat Dan Selipar

Jumaat pertama syawal. Raya kedua.

Semua bersiap sedia.

Acap, dengan style biasa. Pakai baju melayu hijau. Seluar jeans biru muda. Lipat paras buku lali.

Hari ni kena drive gi masjid bawak kereta. Ramai. Ahh, bercinta dengan jem.

Confirm sesak.

Acap turun awal. Panaskan kereta. Tunggu Paksu, Padil, Kimi ngan Haiqal.

U-turn kete Naza Citra. Senang nak keluar.


Sampai masjid. Memang dah agak. Parking takde. Park kete jauh sikit. Ah, jalan kaki aje. Anak jantan. Banyak sikit pahala.

Awal lagi imam solat jumaat dah buat pengumuman.

Nak buat solat hajat lepas sembahyang. Nak minta rakyat Kelantan semua dicampakkan iman dalam hati. Istiqamah beribadah.

Khutbah dekat masjid ni memang sempoi. Khatib tak guns teks. Sampaikan khutbah dengan semangat. So,

Takdelah semua kepala tunduk tanda faham (tidur lah)

Tak ngantuk. Perrgh bersemangat. 

Saff pun rapat. Memang lain rasa bila saff semua rapat macam disarankan. Lain aura dia.

Habis solat. Semua berpusu-pusu keluar. 



Acap keluar lambat sikit. Sampai depan tangga. Padil tersenyum.

Senyuman ikhlas atau sinis??


"Bro, ada berita baik. "

"Asal, jumpa jodoh ke ?? " sambil tumbuk bahu Padil.

"Lagi best dari tuh. Selipar Diadora aku hilang. Baru kamcing dua hari. "



Acap, Kimi, Haiqal, semua gelak.



"Itulah, pakai selipar raya gi masjid. Takziah bro. "


Padil pinjam selipar masjid dulu. Cadang nak pulangkan lepas cari selipar baru. Nasib badan.

Eh.

Kat Kelantan pun ada orang rembat selipar ??

Bukan ke Kelantan negeri yang ala-ala islamik ??

Ah. Pimpinan dah bagus. Tak semestinya rakyat semua bagus.

Sama jugak macam islam. Agama yang shumul, aman, sejahtera. Ada juga orang anggap muslim ni terrorist.

Pffttttt.


Sebab tu lah, kalau nak nilai islam. Jangan tengok muslim. Tapi kaji Al quran.

Tak semua muslim bagus. Tapi ramai yang bagus. Ameen.



Semua naik kereta. Panas. Pasang aircond. Pasang radio THR.

Ayat quran dialunkan.

Hati yang serambut,

Kembali tenang.



Cari Jalan.

Budak-budak riuh. Pakai baju melayu lengkap sekali dengan sampin.

Yang perempuan. Ada pakai tudung bidang. Ada pakai tudung belit-belit. Fesyen.

Tapi semua cantik. Comel.


Asyraf Quzairie. Macam biasa, pagi raya. Sarung jubah baru. Kopiah atas kepala. Kali ni jubah ada hook. Kaler kelabu. Sempoi.

Trend sekarang. Budak-budak dah kurang berjalan kutip duit raya.

Lepak rumah main gadget. Ipad. Samsung note. Kalau tak, tengok tv. Mustika raya. 

Adehh.

Tak semua. Tapi ramai.

Tapi tak nafi. Seronok gileww.

Semua sedara pakat kumpul. Yang bertahun-tahun tak jumpa. Sekali jumpa semua dah besar. Dulu kecik-kecik lama tak jumpa,bila jumpa malu-malu.

Tapi bila semua dah besar. Jumpa je, soalan biasa.

"Belajar kat mana? "

"Berapa lama lagi habis belajar? "

Etc.

Tapi yang jadi masalah time raya ni. Satu je.

Batas.

Antara sepupu. Makcik and pakcik sabit.

Kontroversi kot.

Salam dengan bukan muhrim lepak je. Bukan pe. Sebab kurang ambil berat. Adat.

Alasan atas dasar hormat.

Boleh??

Yang haram tetap haram lah kan.

Urmm.

Duduk kat tangga. Tunggu turn nak salam dengan sedara. Poket dah sedia nak terima duit raya.

Cuba nak elak bersalam dengan sedara bukan muhrim. Cari jalan. Kadang kita faham, sedara-sedara pulak tak faham.

Agak-agak sedara bukan muhrim datang macam nak salam.

Macam biasa.



" Eh, sakit perut plak !! "


Wednesday, 7 August 2013

Baju Taqwa.



Kampung arwah nenek bising dengan letupan mercun.

Takbir raya bergema. 

Dapur rumah bising dengan saudara-mara. Persiapan untuk esok hari.

Budak-budak kecil berlari-lari. Jumpa sepupu sebaya. Dah macam member. Riuh.

Kat luar rumah arwah nenek. Ada satu kerusi panjang. Macam beranda rumah. Kayu.
Port untuk Acap lepak-lepak. Kadang tempat tu jugak tempat Acap murajaah hafazan. Sunyi.


Jauh termenung. Kedua tangan peluk kaki. Menyandar.

Tahun ni raya. Aku rasa macam kurang seronok. Makin besar makin tak seronok. 

Bukan apa. Aku rindu Ramadhan. Petang tadi official Ramadhan dah pulang. Nak kembali ambil masa yang lama. Entah Ramadhan tunggu aku ke tak. 

Harap semua dosa terampun.

Semua amal diterima. 

Harap esok, 

Aku.
Umi ngan ayah.
Adik beradik aku.
Usrah mate aku.
Semua member yang aku kenal.
Semua umat yang dah berusaha tahap gaban bulan Ramadhan ni.

Semua dapat kembali pada fitrah yang suci. Bersih. Macam baby baru lahir.

Mula hidup baru. Hidup seorang hamba. 

Kehidupan yang selama ni mungkin aku rugikan. Aku siakan.

Aku nak istiqamah. Mungkin benda ni aku selalu ungkapkan.

Tapi aku cuba. 

Fuhhh. Malam raya feeling pulak.



Acap tersentap. Ada suara memanggil.

Terkejut.



"Angah, mari tolong masak sate ni, " paklong panggil.

"Ok, on my way, "




Esok hari kemenangan umat islam. Harap tergolong dalam orang yang menang. 

Baju takwa dah tersiap sedia untuk dipakai di hari yang mulia.

Yeahh.



Simpan iphone dalam poket. Baru lepas mesej kak long.

First time tak dapat beraya sekali.

Rindu.



"Oh, apa khabar nenek kat sana?? "

"Semoga semuanya baik-baik saje "

Tuesday, 6 August 2013

Last Tahajud.


Jam 4.30 am.

Asyraf Quzairie tersedar. Bingkas bangun. Takut terus terlena.

Capai tuala. Bersegera ke bilik air.



Pakai jubah haramain warna kelabu. Sapu minyak wangi. Malaikat subuh.

Hampar sejadah. Corak kosong.

Tahajud terakhir. Malam 29. Sebak.


Baring atas katil. Tangan dan kaki di depa. Mata jauh memandang kipas yang tak berhenti berpusing. Lap air mata.

Nangis.

Tahajud terakhir bulan ramadhan. Lama Acap sujud. Takut tak dapat sujud dalam tahajud ramadhan akan datang. Takut tak sempat nak nangis time minta doa kat Allah dalam bulan barakah.

Sekejap.

Tarbiyyah ramadhan comes to the end. Sumpah sekejap.

Entah apa yang aku dah buat. Rasa macam amalan yang aku buat tak cukup langsung nak bawa pergi syurga.

Sekarang baru rasa nak menyesal. 

Seriously takut amalan tak diterima. Dosa tak terampun. Tak nak jadi antara orang yang Rasulullah s.a.w aminkan doa malaikat time naik mimbar.

Aku tak tipu. Aku takut. 

Tapi aku yakin dengan janji Allah. Aku dah buat yang terbaik dalam madrasah Ramadhan kali ini. Cuma kena yakin. 

Yes, aku yakin dengan ganjaran Allah bagi.

Alhamdulillah, aku tak terlepas qiam 10 last ramadhan. Harap  lailatul qadr aku dah jumpa.

Cuma bila-bila aku tak dapat cakap. Aku tak pasti. Moga Allah terima ibadah time malam tu.

Ahh, ramadhan dah nak habis. Sumpah aku akan rindu Ramadhan. Rindu terawih. Rindu buka puasa.

Kalau manusia dapat tengok pahala masuk macam duit masuk akaun bank. Confirm hari last ni manusia jadi gila nak buat amal. Giler tak, pahala double triple.

Mesti hari last nak baham kaw punye buat amal. 

Tapi sayang, manusia tak nampak semua tu. Tak perasan langsung pasal pahala. Ingat macam biasa-biasa. Melainkan orang yang benar-benar beriman.

Sedih tengok umat sekarang. Hari last sia-siakan macam Ramadhan dah habis. Dah mula nak buat maksiat semula. Apatah lagi hari raya first. Lepak dengan bukan muhrim macam sedara sendiri.

Burn sebulan Ramadhan. Sedih.

Kalau Rasulullah ada sekarang, confirm luluh perasaan tengok keadaan umat. Tenat.

Ampunkan dosa aku. Dosa-dosa ibubapa aku. Dosa -dosa umat manusia akhir zaman.



Lama Acap termenung. Bangun daripada katil. Bersiap untuk sahur dan solat subuh.




"Hari ni hari last. Aku nak melawat kubur arwah nenek. Bukan selalu aku dapat balik sini. Rindu nenek. Apa khabar di sana nek??"



Aku nak minta maaf dengan nenek. Tak sempat nak minta maaf. Maaf nek.



Lipat lengan jubah. Sarung kopiah atas kepala.

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil mood.

Senyum.