Tuesday, 23 July 2013

Upgrade Ramadhan



Buka laptop jenama Acer. Tekan button on. Serve internet.

Layan live streaming Manchester United VS Yokohama F Marino. 2 jam masa berlalu. 5 minit lagi nak berbuka.

Tutup laptop. Nak cari mood buka puasa. Kurma Yusuff Taiyub dikeluarkan dari peti ais. Sejuk.

Bunyi azan,jamah makanan sikit..ambil syarat buka puasa. Ikut nafsu binasa. Ikut perut lapar.Ambil wudu',solat maghrib



Sebelum sejadah hitam dilipat disimpan, Asyraf Quzairie sudah terbaring. Kaki melawan arah kiblat. Tarik bantal tepi katil. Alas kepala.

Mata pejam celik. Fikir.


"Apa yang dah aku buat sepanjang ramadhan ni? Jiwa rasa kosong. Hari pertama terawikh 20 rakaat, 2 juzuk quran habis baca. Sekarang nak jejak kaki ke surau pun malas. Apatah lagi nak baca buku-buku ilmiah yang penuh rak tu"

Tengok jubah hitam. Tersangkut. Berhabuk.


'"Dah lama aku tak pakai jubah. Dah lama aku tinggal sunnah. Dulu time usrah selalu pakai. Sejak cuti semester ni, lepak kat rumah macam dunia aku yang punya. Aku rindu usrah tu. Usrah awesome. Aku rindu naqib yang gempak. Aku rindu ahli usrah yang superb. Joe, Imi, Ammar, Ayie"

Jantung berdegup kencang.

Tiba-tiba terasa macam maut hanya sejengkal. Kematian tidak kenal erti usia dan masa. Tiada tangguh dan tunda. Malaikat maut boleh datang bila-bila masa. Amalan cukup ke tak memang malaikat tak ambil kira. Allah perintah bila-bila. Kalau tak terampun dosa bulan ramadhan ni sangat rugi aku. Bila lagi nak topup amalan? Bila lagi nak latih diri istiqamah?.

"Cakap saja tak guna",hati kecil menyapa.

Tiba teringat kata-kata brother Mukhlis time usrah awesome dekat dataran tasik titiwangsa. Masa tu semua bincang pasal mati. Biasanya kata-kata bro Mukhlis ni memang menyentap jiwa. Hebat tamparannya. Kalau tak balik dari usrah tanpa rasa insaf bukan usrah awesome namanya.


Sakaratul maut ni boleh diibaratkan suatu gelombang mabuk nak hadapi mati yang tiada siapa yang tahu. Acap, Joe, Imi, Ayie, semua tak tahu..ana sendiri pun tak tahu..mungkin lepas balik usrah ni kita mati. Mungkin lepas ana bagi pengisian ni ana mati. Tiada yang mustahil. Orang yang hadapi sakaratul maut ni tak dapat nak cerita pengalamannya sebab tengah berhadapan dengan gelombang maut. Perkara ni,boleh digambarkan melalu firman Allah ayat 19 surah Al-Qaf. Allah cakap apa,


"Dan datanglah Sakaratul  maut dengan sebenar-benarnya.Itulah yang kamu selalu lari daripadaNya."

Memang sakaratul maut menggerunkan. Lagi-lagi dosa tak terampun dan bertambah-tambah. Semua tunduk kepala. Usrah jadi senyap. Semua pejam mata. Fikir dosa-dosa lama. Banyak. Sangat banyak. Takut tak cukup masa. Nak minta ampun. Tapi bro Mukhlis teknik dia hebat. Cakap pasal sakaratul maut. Tak berhenti terus kat topic tu. Dia tukar topic yang best.

Semua senyum. Joe pandang Ayie. Ammar pandang Imi. Mereka dah agak naqib mereka pandai main emosi. Pandai cari mood.

Tapi bukan ke Rasulullah s.a.w dah cakap yang ada orang yang beramal sebagai ahli neraka, tetapi tiba-tiba Allah kehendaki dia orang yang insaf dan sedar akan kelalaiannya, terus dia bertaubat. Dia perbaiki amal. Amal ahli syurga. Bila ajal datang, dia dapat rahmat Allah. Berakhir hidupnya dengan Husnul Khatimah.

Semua sibuk buat catatan. Sambil mengganguk kepala. Berminat. Bersungguh. 

Angin bertiup. Suasana tenang. Cerah. 


"Jangan optimis meskipun dalam ketaatan"

Tasik titiwangsa menjadi saksi. Abdikan diri kesali dosa. Tekad baiki iman. Sucikan diri pada bulan Ramadhan yang akan datang. Kemas barang. Balik hostel.


Waktu tu aku dengan usrah aku. Sekarang aku sendirian. Iman jadi peneman.

Kadang waktu lapang aku buang. Kerja tangguh.

Aku lupa janji aku. Susah nak buat baik sebab ganjaran bukan sikit. 

Aku futur, dalam tindakan aku.

Futur.

Apa khabar teman-teman aku disana. Tentu mereka hebat mengejar malam al-qadr. Tak surut selangkah pun.

Aku disini masih mencari rentak. Belum terlambat. Nak upgrade diri. 

Aku tak nak kena tinggal. Nak jumpa mereka di teratak syurga. Masih sempat sebelum ditarik nyawa. Bersemangat.

Semangat baru, harap terus mendapat restu.

Syukur.


Pakai kopiah. Pakai jubah hitam. Pakai malaikat subuh. Wangi.

Ambil kunci. Start enjin motor.

Terawikh.

Mungkin bukan 20 rakaat, tapi 8 rakaat

yang bersemangat.





2 comments: