Sunday 18 August 2013

RIndu.






Bangun dari katil. Capai buku dari rak. 

Sudah lama benar  tidak membelek buku-buku ilmiah

Kesibukan exam menghalang .

Satu buku yang sangat menarik minat Acap


Al raheeq Al makhtum


Buku yang menceritakan sirah Rasulullah dengan begitu lengkap, hanya tinggal satu tajuk yang belum aku baca, gembira dan sedih bercampur baur.

Tajuk terakhir yang menggetarkan jiwaku untuk menghabiskannya, mungkin bukan hanya aku


seluruh umat islam aku pasti.
Kafan dan persemadian jasad mulia Baginda ke pembaringan terakhir 
Aku menghabiskan bacaan sehingga muka surat yang terakhir, tiada lagi muka surat yang boleh dibaca tentang kisah Rasulullah ketika bernyawa, tiada lagi peperangan yang boleh aku baca dibawah kepimpinan Baginda, tiada lagi sambungan episod tentang dirinya

Baginda wafat, perkara yang hampir mengejutkan seluruh umat islam tika itu.
Sehingga Umar hampir tidak percaya akan hakikat tersebut, tapi kerana iman meyakinkan  setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Sedih.

Pelbagai soalan yang timbul di fikiran.





"Masih adakah diluar sana yang perwatakannya,hampir sama dengan perwatakan nabi?"

"Adakah aku ini selayaknya mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak?"

"Layakkah aku berada di saff hadapan untuk memeluk kekasihmu disyurga Ya Allah?"

"Layakkah si pelaku dosa ini untuk semua itu ?"


aku terlalu banyak dosa untuk meminta lebih dariMu



Helaian terakhir kuyup.

Manik-manik jernih yang membasahi pipi..diharap menjadi saksi dihadapanMu kelak.

Aku rindu. Rasulullah.



Nangis

No comments:

Post a Comment