Saturday 27 July 2013

Cinta Dan Rasa



Sementara menunggu seseorang. Surah An-Nisa habis dibaca. Tutup tafsir biru. Dicium. Dijunjung.

KLIA. Menanti kepulangan seorang yang sangat dikasihi dan dirindui. Akhi Muslim.

Seorang graduan perubatan. Baru sahaja menamatkan pelajaran. 6 tahun di bumi anbiya.

Begitu sekejap masa berlalu. Akhi yang paling aku sayang. Sumber inspirasi aku untuk terus kuat dalam bidang perubatan.


Lapangan terbang dipenuhi orang ramai. Ahli keluarga yang menanti kepulangan saudara mereka yang bergelar doktor.

Tangisan kegembiraan dapat dirasai. "Anak aku sudah jadi doktor, doktor yang beriman"


Dari jauh, ada seseorang yang sangat aku kenal. Gaya berjalan tidak pernah berubah. Semua sama. Kecuali dua perkara.

Janggut.

Dan zaujahnya.

Akhi muslim baru sahaja diijab kabulkan dengan teman hatinya pada tahun akhir pembelajarannya di sana.

Tahniah.

Dia tersenyum manis. Gigi tersusun rapi. Indah. Cantik. Sama seperti sifat dan sikapnya.

Kupeluk erat. Melepaskan rindu.

"Apa khabar adikku  Asyraf Quzairie? Makin berisi"

"Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Nampak semakin ceria akhi Muslim."

"Biasalah,hidup perlu ceria. Lagi-lagi dah ada orang yang nak ambil berat. "

"Ana tak nampak zaujah enta. Perasan macam ada tadi."

"Oh,dia pergi jumpa kawan-kawan. Perpisahan terakhir katanya"


Tersenyum ceria kedua-duanya.

Terus berjalan. Mencari ruang untuk diskusi yang panjang.

Mereka duduk, sementara menunggu kak Wardah, zaujah akhi Muslim. Acap menyilang kaki, tangan masuk poket. Sejuk.

"Bila turn enta pulak? Masih belum ada calon? Kahwin muda bagus. Ada berkatnya. Allah suka"

"Ana nak habiskan bidang perubatan ni dulu. Soal calon, ana masih belum ada yang berkenan"


Cinta. Kahwin muda.  Perkara yang hangat dibincangkan oleh remaja zaman sekarang.

Kahwin. Jika mampu. Percepatkan apa yang perlu.


"Ana cuma nak pesan satu. Soal cinta bukan perkara mudah. Dan bukan juga perkara yang susah jika betul caranya."

"Remaja sekarang selalu confius, antara cinta dan rasa. Bila sekilas pandang. Hati rasa bergetar. Cinta ke itu? Lagi-lagi pandang orang tampan, orang cantik. Tapi lama-kelamaan, hati dah kembali normal. Getaran hilang. Itu rasa. Bukan cinta. Tapi tak dinafikan, sekilas pandang mampu membuahkan cinta. Tapi semua tu mengambil masa. Bukan hanya seketika. 

"So,cara terbaik, bertenanglah bila terpandang seseorang. Jaga mata. Tundukkan pandangan. Jangan tersalah langkah. Setiap yang bernama kesalahan pasti akan timbul kekesalan"

"Berjaga-jaga dengan orang yang tampan dan cantik. Boleh menimbulkan fitnah jika tidak dijaga. Macam enta. Bahaya. Hensem sangat." , sambil tersenyum memandang aku.

Pandai berseloroh dan berjenaka.

Akhi Muslim bercerita panjang. Ada benar katanya. Rasa dan cinta perkara yang berbeza.

Cuba berfikir dan renung. Pernah ke aku mengalami 'rasa' tu?


"Cinta ada banyak tahap. Pertama cinta Allah. Kedua cinta rasul. Tiga cinta ibubapa. Keempat, cinta teman sehidup semati. Kena pandai bahagi. Utamakan yang mana penting. Lagi-lagi student macam enta"


"Boleh diibaratkan seperti tanaman. Tanaman yang subur luarannya.  Pasti akar yang sihat dalamannya. Begitu juga cinta. Kuat cinta kita yang di atas. Pasti kita akan dikurniakan cinta yang kukuh dibawah."

Kata-kata yang meyakinkan. Bersemangat untuk menambahkan cinta kepada Sang Rabb.

Dalam mencari cinta antara hamba.

Akhi Muslim menepuk bahu aku.

"Ana yakin, enta akan jumpa jodoh yang baik kelak"

Sunyi sepi. Kedengaran bising pengumuman yang dilakukan di lapangan terbang.

Tiada apa yang mampu aku ucapkan. Dalam hati sudah berbunga. Luaran masih normal.

Senyum.




Sudah kelihatan Kak Wardah berjalan ke arah kami. Cantik. Sopan. Sesuai dengan penjaganya.

Tiba masa untuk bergerak pulang.

Masih ramai yang menanti kepulangan saudara yang tersayang di rumah.

Jujur.

Aku ada seseorang dalam hatiku. Aku manusia biasa. Tidak dapat lari dari fitrah manusia biasa yang ingin menyayangi dan disayangi.

Tapi apakah yang utama bagi aku?

Perlukah aku melafazkan lafaz yang tersimpan.

Aku tahu jawapannya.

"Belum tiba masanya untuk aku luahkan. Selagi diri belum kukuh dengan tali penciptaku yang Maha Agung."

Tanggungjawab aku masih disitu.

Doakan tebaik untuk aku.

Dan dia.

2 comments:

  1. insyaAllah akhi. ana doa kn. tp,masih org yg sama? ;)

    mggu depan bukak citer yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabab, ni sekadar rekaan je,tiada kaitan dengan hidup dan mati.hehe

      Delete