Wednesday 24 July 2013

Ahli Baru








Petang sabtu. Pakai baju Real Marid warna putih. Sarung kasut nike hitam. Seluar trek lipat paras buku lali. Jogging

Orang ramai lalu lalang tepi tasik. Jambatan penuh. Memancing. Bagi makan ikan.

Ada yang jogging dengan partner. Sweet couple. Suami isteri barang kali.

Hujung trek jogging. Tepi buaian. Sebelah kiri taman. Satu kumpulan akhawat buat usrah. Kushuk.

Sebelah kanan. Ada seseorang bersendirian. Baju hitam. Jeans ketat. Rambut pacak.


Gaya macam kenal.


Pegang bahu. Sentap. Toleh belakang. Mata merah

Joe nangis.

Pertama kali aku jumpa Johan Ashaary. Orang panggil dia Joe. Anak orang kaya. Semua ada. Muka market, memang tak perlu mention kat sini pasal duit poket. Aku jumpa dia, waktu habis jogging. First impression aku target dia nak mengurat akhawat yang tengah buat usrah tepi buaian. Sangka buruk. Syaitan tepuk tangan masa tu. Aku tegur Joe. Tak sangka dia tengah menangis. Anak orang kaya pun menangis. Manusia biasa. Bukan malaikat. Hakikat. Aku tahu.

"Assalamualaikum, kau Johan kan?"

"Waalaikumussalam. Yup, kau siapa?"

"Aku Asyraf, orang panggil aku Acap"

"Joe, panggil aku Joe"


Kesat air mata. Muka cover.

"Masalah? nak cerita aku dengar, tak nak tak pe. Aku gerak. Tak nak ganggu."

"Aku memang perlukan seseorang, nak kongsi masalah, tapi aku malu."

Air mata tak tertahan. Gugur. Akhawat dihiraukan. Joe menangis.

Cuak. Perasaan bercampur baur. Try jadi cool. Bukan sebagai penyelesai masalah.

Tapi bantu selagi tak salah.

"Sepanjang hidup aku, apa yang aku nak aku dapat. Sejak kecil aku memang tak pernah rasa susah. Aku percaya ramai kat luar sana kalau boleh nak jadi diri aku. Tapi Acap, hidup aku tak seindah yang orang sangka. Aku tak pernah dapat apa yang orang lain dapat. Aku tak dapat kebahagian. Kasih sayang. Cinta. Aku tak pernah merasa.


"Aku terasa hidup aku kosong. Apa yang aku cuba buat, rasa macam ada yang tak kena. Orang kagum, bangga tengok aku ada kereta. Bergaya. Tapi aku tak pernah rasa semua tu cukup, penting, berbaloi. Kadang rasa tertekan. Stress belajar, assignment,tak pernah nak cemerlang. Tunggang langgang. Kadang rasa macam nak bunuh diri pun ada. Teruk sangat ke aku."


Sunyi. Plastik ditiup angin. Aku gumpal, aku buang.


"Joe,bila last kau sembahyang? Alquran? "

Muka sentap.

"Aku tak nak kau jawab. Sebab kadang kita tak perasan semua tu. Sebab suasana sekeliling kita pengaruh kita. Setiap orang ada sejarah hitam, sejarah buruk. Teruk. Bukan kau sorang, aku pun ada, akhawat yang kat tepi buai tu pun ada. Kita tak maksum. Daif. 


"Pernah terfikir kadang Allah tak bagi nikmat waktu kita lupa sebab Dia tak nak kita terus lupa. Syukur. Mungkin juga Allah tak bagi kita nikmat waktu kita lupa, sebab takut kita terus alpa. Setiap apa yang Allah buat atas hambaNya bersebab."

"Kadang kita ego,tegur kata membebel. Marah cakap benci. Umat sekarang tenat"


Angin terus bertiup. Sejuk.

Joe tergamam. Bisu.

"Aku berdosa, banyak sangat. Aku keseorangan, tanpa teman"

"Dosa terdorong sebab bersendiri. Sebab tu Allah suruh kita berjemaah. Dah lama tak buka 
Quran kan? Balik nanti cek surah as saff, Allah dah tulis semuanya"

 Mata makin merah. Amik tisu. Lap

"Acap, siapa kau? Malaikat? Muncul waktu aku tenat."


"Aku bukan malaikat. Aku pun manusia,macam kau. Berdosa. Aku pun tak tahu akan jumpa kau kat sini. Tapi mungkin Allah hantar aku sebab tak nak kau sorang-sorang lagi. Semua orang berhak dapat satu dalam hidup dia, nak kongsi masalah, tegur menegur kerana Allah"


"Aku dulu liat nak join usrah, naqib ajak 1000 alasan keluar. Spontan. Tapi sekarang dah tak macam tu, sebab kami dah rasa kemanisan berusrah. Aku nak kau join. Jom. Usrah aku awesome. Ahli semua superb."

Joe senyum.

Dua-dua gerak ke kedai pisang goreng. Joe belanja.

Sedap.


"Aku terfikir kenapa kau mudah sangat confess masalah kau dengan aku. Kita baru kenal."

Tiba-tiba. One message received. Joe.


"Maaf Acap, cerita masalah dengan kau. Aku cerita sebab aku kenal siapa Asyraf Quzairie."

Tekan button home. Pelik.

Joe macam tahu. Isi hati aku.

Jawapan hanya satu.

Allah.









3 comments:

  1. Subhana Allah...
    "Dosa terdorong sebab bersendiri. Sebab tu Allah suruh kita berjemaah". Betul juga sebenarnya. Kadang2 kalau bersendirian kita jd lalai sbb itu perlu ada seseorng untk ingtkan kita.

    ReplyDelete
  2. ye . Allah hadirkan seseorang untuk bimbing kita bila kita ingin berubah . =)

    ReplyDelete
  3. itulah... iman manusia ada turun naik... tp kita doa agar kita dimatikan dan dibangkitkan dalam iman...

    ReplyDelete